Keahlian

Keahlian

Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang

Keahlian Kelab Penyokong P. Ramlee terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Pemohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa kelab untuk kelulusan dan seterusnya No. Ahli akan diberikan kepada setiap ahli kelab berdaftar.  

Permohonan Keahlian:

Permohonan menjadi Ahli Biasa hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan (lihat bahagian bawah muka surat ini). Permohonan ini mestilah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

Jawatankuasa Kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah muktamad.

Jenis Keahlian:

Keahlian Kelab ini dibahagikan kepada 2 jenis ahli:

a) Ahli Biasa
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Pulau Pinang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Ahli Biasa berhak mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat Kelab dan boleh dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa

b) Ahli Kehormat
Keahlian Kehormat akan diberi kepada orang-orang yang berjasa kepada Kelab, masyarakat dan negara. Persetujuan Jawatankuasa hendaklah didapati terlebih dahulu dalam mesyuarat-mesyuarat Kelabn dan tidak boleh dipilih untuk menjadi Ahli Jawatankuasa.


Yuran:

Bayaran yuran masuk dan yuran tahunan perlu dibayar oleh seorang Ahli Biasa adalah
1) Yuran Masuk: RM 10.00
2) Yuran Tahunan: RM 20.00   

Muat Turun Borang Permohonan Menjadi Ahli

Format Borang:       Microsoft Word (.doc)       atau      Acrobat (.pdf)

Nota: Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada urusetia KPPRPP (di Pejabat Persatuan Melayu Pulau Pinang)

Leave a Reply