Latar Belakang
Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP)
Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) telah ditubuhkan pada 25 April 2011. Presiden KPPRPP ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff, merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
Melalui satu perjumpaan pada 6 Julai 2010 jam 5:15 petang, yang diadakan di Bilik Mesyuarat PEMENANG, Bangunan PEMENANG, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan dan nama yang telah dipilih ialah persatuan Kelab Rakan P. Ramlee. Dalam mesyuarat tersebut juga, pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilakukan. Undang-undang tubuh Persatuan Kelab Rakan P. Ramlee juga telah diterima pakai. Sehingga 4 April 2012, KPPRPP dianggotai oleh 40 orang ahli.